mutakhir

2 guru tak mengaku

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Dua guru lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan memiliki beberapa kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam telefon pintar tanpa kebenaran sah.

Tertuduh, Subbarau @ Kamalanathan, 34, yang berdepan lima pertuduhan dan P Murugan, 36, (satu pertuduhan) membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membaca pertuduhan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Subbarau dan Murugan masing-masing dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Batang Benar dan SJKT Ladang Lenggeng, Nilai, dekat sini, didakwa mengikut Seksyen 8 (1)(c)(iii), Akta Rahsia Rasmi 1972, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara antara satu hingga tujuh tahun.

Mengikut pertuduhan, Subbarau didakwa memiliki melalui telefon pintar jenis Samsung Galaxy Note 2 beberapa muka surat kertas soalan Matematik 035/1 dan 015/1, Sains 018, Bahasa Tamil penulisan 037 dan Bahasa Tamil pemahaman 036 yang mana tidak berhak menyimpannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 8 dan 16 September lalu, kira-kira jam 8 malam di sebuah rumah di Jalan Bukit Galena 13, Taman Bukit Galena di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 6, 2014 @ 5:13am
d