mutakhir

1MDB rugi RM665.3 juta

Kuala Lumpur: 1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan Malaysia mencatatkan kerugian RM665.3 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2014.

Namun, perolehannya meningkat 64 peratus kepada RM4.3 bilion daripada RM2.6 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, mencerminkan portfolio aset yang sedang dibina dan kekuatan penjanaan hasil.

Syarikat itu dalam kenyataannya semalam berkata, kerugian itu disebabkan kos kewangan tinggi sebanyak RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mengembangkan aset.

“Nilai aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 bilion, berbanding RM44.6 bilion pada tahun sebelumnya, dengan pinjaman naik sebanyak RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion,” kata 1MDB.

Kumpulan itu berkata, aset berkualiti tinggi itu disokong oleh tunai kukuh dan rizab bersamaan tunai sebanyak RM16.7 bilion. justeru, perniagaan berupaya untuk membiayai perbelanjaan modal ketara dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang serta memenuhi keperluan pembiayaan masa hadapan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 7, 2014 @ 5:15am
d