mutakhir

Tak selamat didiami

Cameron Highlands: Penduduk di kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur di Ringlet, di sini, kelmarin mungkin akan dipindahkan ke penempatan yang lebih selamat.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata, bencana terbaru itu membuktikan kawasan terbabit tidak lagi selamat untuk diduduki dan langkah segera perlu dilakukan untuk keselamatan mereka.

Menurutnya, kawasan terbabit sebelum ini sudah dilanda kejadian banjir beberapa kali, namun kejadian terbaru kelmarin adalah yang terburuk.

“Kediaman mereka terlalu hampir dengan sungai dan kini sudah masanya mereka dipindahkan untuk mengelak kejadian lebih buruk berlaku pada masa akan datang.

“Saya sudah bercakap dengan Pegawai Daerah Cameron Highlands untuk mencari kawasan yang sesuai bagi memindahkan penduduk dan berharap perkara ini dapat dilaksanakan segera,” katanya yang ditemui ketika melawat mangsa yang dipindahkan di Dewan Ringlet, di sini, semalam.

Palanivel yang juga adalah Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, dia juga sudah memberi penerangan berhubung keadaan di Ringlet kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 7, 2014 @ 5:19am
d