mutakhir

Siti tak layan

Kuala Lumpur: “Oh, itu kes lama. Semua teknologi yang ada sekarang boleh buat macam-macam tapi masyarakat kita sudah celik dan memang tahu itu (gambar) palsu. Sebab itu Siti tak layan,” jawab penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengenai isu penyebaran gambar superimpose (bertindih) wanita berbogel menyerupai wajahnya di WhatsApp, semalam.

Siti, 35, menerusi pengurus yang juga kakak iparnya, Rozi Abdul Razak berkata, penyebaran gambar palsu itu menimbulkan kemarahan kepada peminatnya kerana mereka mengetahui ia perbuatan khianat untuk mengaibkan penyanyi itu.

“Lepas gambar itu keluar semua hanya marah pada orang yang buat kerja yang tak senonoh itu. Saya yakin semua tahu itu bukan gambar Siti. Bagus tindakan peminat dan orang ramai yang mengabaikan ia sebab mereka tahu ia palsu.

“Siti memang tak layan sebab bagi dia kalau dilayan orang yang buat itu akan rasa seronok atau rasa ada yang respons,” katanya.

Semalam, Harian Metro menerima kiriman gambar palsu itu yang sengaja disebarkan pihak tertentu bertujuan untuk mengaibkan penyanyi nombor satu negara itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 8, 2014 @ 5:11am
d