mutakhir

Gelombang kedua melanda

Cameron Highlands: Gelombang kedua banjir lumpur melanda Kampung Baru Ringlet, di sini, petang semalam mengakibatkan sebahagian penduduk yang sibuk membersihkan rumah mereka panik dan terperangkap seketika selepas air Sungai Ringlet naik mendadak akibat hujan lebat.

Hujan lebat bermula jam 1.45 petang itu menyebabkan air sungai naik dan membanjiri rumah penduduk di kawasan rendah dalam tempoh tidak sampai 30 minit.

Bagaimanapun, banjir itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa serta kembali surut 10 minit kemudian, tetapi pihak berkuasa tetap mengarahkan penduduk yang masih berada di rumah supaya meninggalkan kediaman masing-masing sebagai langkah keselamatan.

Bagi penduduk, R Marryalen, 32, banjir kedua itu berlaku pantas hanya selepas hujan lebat tidak sampai 30 minit.

Dia yang juga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata, paras air naik mendadak hingga hampir menenggelamkan kediamannya di kawasan rendah berhampiran Sungai Ringlet.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 8, 2014 @ 5:16am
d