mutakhir

Inspektor darjah 4 kelentong 5 wanita

Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Taraf pendidikannya hanya setakat darjah empat, namun seorang lelaki dikesan bijak menyamar pegawai polis berpangkat inspektor dan memperdayakan beberapa wanita dengan mengikis wang mereka.

Bagaimanapun, perbuatannya itu terbongkar apabila dia ditahan polis dalam serbuan di Jalan Tengah, Bayan Baru, dekat sini, jam 6 petang kelmarin selepas teman wanitanya membuat laporan kerana suspek mengugut mahu menyebar foto seks mereka.

Suspek yang berusia 25 tahun itu dikatakan menggunakan modal wajah dan perwatakannya yang agak menarik selain bijak mengatur ayat memperdayakan wanita dan setakat ini, kira-kira lima wanita dikesan berjaya ditipunya.

Difahamkan, suspek kerap menyamar sebagai Inspektor Vijay dan kononnya bertugas di Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Pulau Pinang, di sini, namun segalanya hanyalah penipuan semata-mata.

Susulan daripada wanita terbabit, polis mengesan suspek yang tinggal di sebuah flat di kawasan Bayan Baru sebelum menahannya

"Suspek turut mengaku sudah mengikis wang lima wanita sebanyak RM20,000," katanya.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas pakaian seragam polis, tali pinggang mempunyai logo polis, dua pistol palsu serta empat surat pajak gadai dan walkie-talkie.

"Siasatan lanjut mendapati suspek pernah dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney di Melaka.

"Suspek sudah berkahwin dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: November 10, 2014 @ 5:01am
d