mutakhir

2 warden asrama digantung

Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Dua guru sebuah sekolah menengah di Jalan Masjid Negeri, di sini, yang didapati merotan 14 pelajar hingga meninggalkan kesan lebam serta berbirat pada pinggang dan pinggul digantung tugas sebagai warden, bermula semalam.

Menurut sumber Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Timur Laut, pihak sekolah akan melakukan siasatan terlebih dulu dan sekiranya didapati bersalah mereka akan dikenakan tindakan susulan.

“Kedua-dua warden terbabit kemungkinan akan dikenakan tindakan tukar sekolah, namun segala-galanya bergantung kepada siasatan yang dijalankan.

“Kami tidak boleh terburu-buru membuat keputusan kerana perlu menyiasat kes ini daripada pelbagai aspek dan sudut,” katanya.

Menurutnya, setakat ini kedua-dua warden berkenaan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada media kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.

Sementara itu, polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 10, 2014 @ 5:16am
d