mutakhir

'Dekat dengan emak'

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Puchong: “Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar dan baik seperti yang dirancang. Saya mengharapkan doa semua semoga Allah merahmati perkahwinan kami.

“Walaupun emak tiada di sisi, perkahwinan tetap diteruskan seperti impiannya dulu,” kata Elly Mazlein penuh emosi dan linangan air mata kerana teringatkan arwah ibunya, Sabariah Ahmad yang meninggal dunia pada 11 Mei lalu.

Sebelum ini arwah ibunya turut sama terbabit dalam perancangan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di sebuah dewan pada 12 Februari tahun depan.

“Sejak emak meninggal saya memang sentiasa ke pusaranya. Kerana itulah majlis akad nikah dan kenduri dibuat di surau ini kerana saya nak rasa dekat dengan emak,” katanya yang mengunjungi pusara ibunya bersebelahan surau itu bersama Azmi sebaik sah bergelar pasangan suami isteri.

Terdahulu, pelakon dan penyanyi berusia 34 tahun yang bernama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini sah bergelar isteri kepada pengarah filem dan drama Azmi Hatta, 39, dengan dua kali lafaz pada jam 11.45 pagi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 10, 2014 @ 5:18am
d