mutakhir

630 terima pingat kebesaran Kelantan

Kota Bharu: Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengetuai senarai 630 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 45 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar hari ini.

Ariffin menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk. Turut menerima darjah sama ialah Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Pengarah Halfmoon Bay Capital Limited Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah menjadi penerima tunggal bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) juga membawa gelaran Datuk.

Bagi penerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK), empat penerima diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Datuk Idris Yusoof, Datuk Ismail Hassan dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Seramai 11 penerima bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) termasuk Ketua Pegawai Eksekutif AZE Group Sdn Bhd Datuk Azham Zamiri Mohamad Satar, Ketua Pegawai Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Wan Roshdi Wan Musa dan Pengarah Besar Felda Malaysia Datuk Faizoull Ahmad.

Empat penerima Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) termasuk Panglima Markas 7 Briged Kem Mahkota Kluang, Brig Jeneral Ab Aziz Abdullah, Panglima Markas 4 Bridged (Mekanize) Kem Batu 10 Brig Jen Ahmad Tajuddin Abdul Ghani; Ketua Pegawai Staf Prinsipal ESSCOM Brig Jen Tuan Roslan Tuan Ismail dan Panglima Markas 2 Divisyen Kem Tun Abdul Razak Mejar Jeneral Datuk Mohd Shukuri Ahmad.

Seramai 18 penerima dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) membawa gelaran Datuk termasuk Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Zamri Yahya; Komander Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Datuk Jamaluddin Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia Datuk Mustafa Ibrahim.

Secara keseluruhan, seramai 40 individu menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk bagi sambutan yang bertemakan ‘Syariat Dipatuhi Raja Dihormati, Rakyat Dilindungi’.

Disiarkan pada: November 11, 2014 @ 5:15am
d