mutakhir

Bayar pencen buat si mati

Kuala Lumpur: Sebanyak RM11.94 juta dibayar kepada pesara tentera yang sudah meninggal, menurut laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 semalam.

Laporan itu menyebut, pesara tentera terbabit menerima bayaran dalam tempoh antara 2011 hingga 2013 dengan 14 peratus daripada jumlah itu diambil waris.

Kata laporan itu lagi, bayaran pencen itu dibuat kepada 3,786 pesara yang sudah meninggal dunia dalam tempoh dua tahun.

“Daripada angka itu, 14.2 peratus atau RM1.69 juta dikeluarkan daripada bank,” menurut laporan berkeaan.

Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Kementerian Pertahanan disyorkan melakukan pemutihan data bagi memastikan maklumat penerima pencen tepat dan sahih.

Siasatan terperinci atau analisis maklumat boleh diperoleh Jabatan Pendaftaran Negara bagi menghentikan bayaran pencen sekiranya penerima sudah meninggal dunia.

Disiarkan pada: November 11, 2014 @ 5:15am
d