mutakhir

Usah pinggir 5,000 ahli KPKSW

Kota Bharu: Kira-kira 5,000 ahli Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSW) mahu pengkorporatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang dicadangkan bermula tahun depan tidak meminggirkan aspek kebajikan mereka.

Yang Dipertuanya Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya juga mahu cadangan itu dipertimbangkan semula dan dikaji secara menyeluruh supaya tidak memberi kesan kepada anggota penguat kuasa dan kemampuan penguatkuasaan undang-undang selepas dikorporatkan.

“Perbincangan kami mendapati pengkorporatan ini memberi kesan terutama kepada kebajikan ahli. Berkemungkinan besar, manfaat pencen hilang dan proses kenaikan pangkat umud atau beku.

“Kami rasa ada kesan buruk jika JKDM menjadi korporat dan atas sebab itu mahu kerajaan pertimbang cadangan itu dan nilai secara menyeluruh,” katanya pada sidang media di sini.

Disiarkan pada: November 13, 2014 @ 5:04am
d