mutakhir

Sedia bantu Ummi

Batu Pahat: Sukarelawan Peguam (SukaGuam) bersedia membantu keluarga Ummi Kalsom Bahak, 25, yang menjadi mangsa ‘cinta buta’ dan berdepan pertuduhan menyokong kumpulan militan Negara Islam (IS).

Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pihaknya sedia untuk memberi khidmat nasihat perundangan kepada keluarga mangsa.

Menurutnya, perkara berkenaan boleh dirujuk kepada pihak bertanggungjawab dan perlu dikaji secara terperinci terlebih dulu terutama segala kemungkinan akan berlaku.

Disiarkan pada: November 13, 2014 @ 5:10am
d