mutakhir

Siasat polis terbabit jual dadah

Kuala Lumpur: Pihak polis menyiasat kemungkinan seorang pegawai kanan polis Bukit Aman yang ditahan awal minggu ini turut terbabit dalam aktiviti penjualan dadah.

Ini susulan penemuan 86 biji pil Eramin 5 oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan pemeriksaan di rumah suspek di Seremban 2, Negeri Sembilan.

Sumber SPRM berkata, pegawai kanan polis yang bertugas Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi & Maksiat (D7) Bukit Aman itu mengaku dadah berkenaan yang dibungkus dengan sampul berwarna merah itu adalah miliknya.

“Ketika ditanya oleh dua pegawai siasatan dan operasi SPRM, suspek mengaku ‘barang’ itu kepunyaannya,” katanya.

Disiarkan pada: November 14, 2014 @ 5:10am
d