mutakhir

Dijel rompak guna pistol

Kota Bharu: Seorang penoreh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan pistol terhadap seorang kakitangan syarikat pembalakan, Februari tahun lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas Ahmad Faizan Hassan, 25, mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 20 September 2013.

Mengikut kertas tuduhan, tertuduh bersama tiga orang yang sudah meninggal dunia didakwa merompak Muhammad Haniff Zabidi, 24, dengan pistol dan mengambil wang tunai RM50,000 milik Syarikat Rantau Teroka Sdn Bhd, wang tunai RM200, telefon bimbit, kad pengenalan, kad bank dan pasport antarabangsa milik mangsa.

Disiarkan pada: November 14, 2014 @ 5:11am
d