mutakhir

Tiada peruntukan Mini RTC

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak bercadang membuka Pusat Transformasi Luar Bandar Mini (Mini RTC) yang baru berikutan tiada peruntukan disediakan untuk membina kemudahan itu lagi.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian sebaliknya tumpuan diberikan terhadap memperkasakan Mini RTC sedia ada bagi kepentingan ekonomi penduduk luar bandar.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kementerian tidak disediakan peruntukan membina Mini RTC baru sebaliknya tumpu kepada yang sedia ada bagi meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, Mini RTC berperanan sebagai pusat sehenti kepada usahawan dan masyarakat luar bandar untuk mendapatkan pelbagai kursus sokongan serta perkhidmatan kerajaan juga adalah satu anjakan besar kepada perubahan sektor luar bandar.

Selain itu, Alexander berkata, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam perancangan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.

Katanya, setakat ini kajian dilakukan menggunakan modul pembelajaran yang digunakan bagi MRSM itu.

Disiarkan pada: November 14, 2014 @ 5:11am
d