mutakhir

'Usah kawal tambang bas'

Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) menyaran kerajaan tidak mengawal selia tambang bas ekspres bagi memberi manfaat kepada operator bas dan pengguna.

Presidennya Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, operator bas ekspres sentiasa menghadapi kenaikan kos operasi berikutan kenaikan gaji pekerja, bahan bakar, alat ganti, pemasangan alat GPS dan lain-lain aspek keselamatan di dalam bas.

Pada masa sama pengguna juga mahukan bas dan kemudahan lebih baik dalam bas, katanya dalam satu kenyataan.

“Tambang yang dikawal selia menghalang operator bas memberi perkhidmatan terbaik dan menghalang pengguna menikmati kemudahan itu,” katanya.

Beliau berkata, pada Mei 2013, PMBOA mengemukakan permohonan bagi kenaikan antara 30 hingga 40 peratus tambang bas yang tidak mendapat respons sehingga sekarang.– BERNAMA

Disiarkan pada: November 15, 2014 @ 5:09am
d