mutakhir

Auta pindah takut banjir

Oleh Ahmad Ismail

Segamat: Dua lelaki yang mendakwa kononnya membantu memindahkan barangan seorang penduduk yang bimbang dengan kemungkinan banjir melanda, ditahan kerana disyaki mencuri barangan lusuh dari premis perniagaan di sini, semalam.

Helah suspek berusia 41 dan 32 tahun itu terbongkar selepas mereka disoal siasat beberapa anggota polis ketika menukar tayar lori satu tan yang mereka naiki di Lebuhraya Segamat-Kuantan di sini.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, dalam kejadian jam 10 pagi itu, anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat terserempak dengan dua lelaki mengganti tayar belakang lori yang pancit.

Katanya, curiga dengan muatan barangan lusuh seperti zink, pagar kawat dan besi buruk dibawa lori itu, anggota berkenaan meminta penjelasan daripada mereka.

“Kedua-dua lelaki itu kelihatan gugup malah memberi alasan tidak munasabah dengan mendakwa mereka membantu seorang penduduk berpindah kerana bimbang banjir berikutan musim hujan di daerah ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 18, 2014 @ 5:13am
d