mutakhir

SKMM perhalusi kaedah pembuktian

Kuala Lumpur: Kerajaan akan memperhalusi kaedah pembuktian sebarang kenyataan berbaur hasutan yang sering dikeluarkan menerusi media sosial dan blog sekali gus dapat menambah baik Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan beberapa elemen bersifat terkini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara berkenaan perlu diperhalusi secara terperinci berikutan kebanyakan pemilik akaun media sosial gemar menggunakan identiti palsu sekali gus menyukarkan tindakan diambil.

“Ini yang berlaku sekarang kerana media sosial bersifat viral dan terdapat unsur-unsur kesamaran daripada segi pengguna, nama dan beberapa butiran lanjut lain.

“Dulu, ada cadangan untuk mendaftarkan pemilik akaun media sosial dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), logiknya ia boleh dilakukan, namun daripada aspek teknikalnya ada cabaran besar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan siri animasi ‘AMUZ Space Series for Kidz’, di sini, semalam.

Disiarkan pada: December 2, 2014 @ 9:17am
d