mutakhir

Ibu Penolong Pengarang Global HM meninggal

Teluk Intan: Rabeah Mohd Noor, 79, ibu kepada Penolong Pengarang Global Harian Metro Mohd Al Abror Mohd Yusoff, meninggal dunia akibat angin ahmar, semalam

Allahyarhamah yang diserang penyakit itu sejak April lalu menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi semalam di rumah anaknya di Kampung Banjar, di sini.

Menurut Mohd Al Abror, ibunya meninggalkan tujuh anak, 18 cucu dan empat cicit dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 21, Sungai Lampam, jam 11.45 pagi.

“Saya ucapkan terima kasih atas kunjungan sanak-saudara dan rakan dari jauh dan dekat yang menziarahi jenazah ibu saya hingga ke tanah perkuburan,” katanya.

Disiarkan pada: December 3, 2014 @ 8:52am
d