mutakhir

'Aktifkan Tabung Prihatin Puteri'

Pasir Puteh: Pergerakan Puteri UMNO mengaktifkan semula Tabung Prihatin Puteri bagi mengumpul dana khas bagi membantu golongan wanita muda termasuk ahlinya yang memerlukan.

Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tabung itu turut digunakan bagi membantu mangsa kekejaman jenayah selain golongan miskin.

“Sebelum ini kita sudah ada tabung ini, tetapi tidak begitu aktif, kita mahu ia diberi penjenamaan semula dan berusaha mengumpul dana daripada kalangan ahli UMNO di semua peringkat.

“Tabung ini penting bagi membantu wanita muda dan ahli Puteri yang memerlukan bantuan seperti kejadian menimpa Nur Shafiqa Lah yang menjadi mangsa toreh penjenayah.

“Selain sumbangan kewangan, kami berhasrat mengukuhkan kepakaran dalam pelbagai bidang tertentu bagi membantu masyarakat termasuk khidmat bimbingan dan kaunseling,” katanya.

Beliau ditemui selepas melawat Nur Shafiqa di rumahnya di Wakaf Berangan, Bandar Sri Aman di sini, dan menyampaikan bantuan RM5,000.

Disiarkan pada: December 4, 2014 @ 6:27am
d