mutakhir

Penumpang MH2 buat kecoh

Kuala Lumpur: Datuk Bandar London Boris Johnson berdepan detik cemas di udara apabila bersemuka dengan seorang penumpang mabuk yang bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat di dalam pesawat.

Ketika kejadian Johnson menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2 dari Kuala Lumpur ke London selepas berakhirnya lawatan rasmi beliau ke Asia Tenggara.

BBC News melaporkan, penumpang berkenaan seakan-akan hilang akal sebelum dia dihalang kru kabin.

“Datuk Bandar bersama-sama dengan beberapa penumpang lain dan kru kabin membuat beberapa percubaan untuk menenangkan lelaki berkenaan, tetapi tidak berjaya,” kata seorang jurucakap Johnson.

Nama penumpang berkenaan tidak didedahkan, namun dilaporkan berusia 43 tahun dari Britain.

Sementara itu, duta teknikal Eileen Burbidge memuat naik gambar situasi berkenaan dan memuji kru MAS yang bertindak pantas.

Seorang saksi berkata selepas beberapa percubaan untuk menenangkan dia, enam kakitangan kabin menggarinya, mengikat kakinya dan kemudian diikat pada kerusinya.

Apabila dia terus menjerit, Datuk Bandar memberi amaran dia akan ditangkap apabila pesawat mendarat di London.

Disiarkan pada: December 5, 2014 @ 8:57am
d