mutakhir

Penari berbikini diberkas hafis

Kajang: Sebuah pusat hiburan di Bandar Mahkota Cheras di sini, dikesan menganjurkan persembahan menghairahkan dengan penarinya yang terdiri daripada sekumpulan wanita warga Vietnam hanya berbikini.

Persembahan diadakan hampir setiap malam hingga awal pagi itu mendapat sambutan hangat apabila pusat hiburan itu dipenuhi lelaki tempatan berikutan wanita terbabit turut menawarkan khidmat seks.

Kegiatan itu dibongkar sepasukan polis Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Selangor diketuai Asisten Superintendan Sopri Baki bersama tiga pegawai dan 24 anggota selepas menyerbu premis itu jam 1 pagi semalam.

Ketika serbuan dilakukan, empat wanita pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam sedang menari ghairah dan melayan pengunjung yang sedang meneguk minuman keras.

Sopri berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung aktiviti maksiat dan tindakan pengusaha pusat hiburan itu yang mengaji pekerja tanpa permit.

“Dalam serbuan itu pihaknya menahan empat wanita warga Vietnam, seorang lelaki tempatan yang juga pengurus premis terbabit.

“Turut ditahan, empat pekerja warga Myanmar dan Bangladesh berusia antara 22 dan 38 tahun,” katanya.
Menurutnya, pihak polis turut merampas satu set peralatan muzik, tiga walkie-talkie, resit perniagaan dan wang tunai RM1,135,” katanya.

Siasatan juga mendapati premis ini beroperasi tanpa lesen dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39 (B) Peraturan Imigresen, dan Sekyen 6 Enakmen Hiburan 1995.

Beliau berkata, mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan selanjutnya.

Disiarkan pada: December 5, 2014 @ 9:38am
d