mutakhir

'Akhbar hargai pembaca'

Shah Alam: “Harian Metro (HM) bukan saja sebuah akhbar yang memaparkan berita terkini, tetapi pada masa sama menghargai pembaca setianya dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik yang tidak pernah mengecewakan.

“Ini adalah kali kedua saya menebus tiket percuma ke taman tema WaterWorld@ i-City ditawarkan HM kerana ia satu daripada cara menghargai kami sebagai pembaca yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada akhbar ini,” kata Ahmad Ruzaini Tarmizi, 37.

Menurutnya, tawaran tiket ke taman tema WaterWorld@ i-City sempena Gempak Santai HM sememangnya dinantikan kerana ia satu daripada cara untuk pembaca berasa lebih dihargai.

Ahmad Ruzaini berkata, dia kali ini berjaya menebus empat tiket ke taman tema itu dan bercadang untuk membawa keluarganya sempena cuti sekolah ini.

“Sejak beberapa tahun lalu, saya menjadi pembaca setia HM dan tidak kisah datang jauh dari Rawang untuk menebus tiket ke taman tema ini, sekali gus memberi peluang untuk beriadah bersama keluarga,” katanya.

Bersempena Karnival HM Padat bermula semalam sehingga hari ini, sebanyak 15,000 tiket percuma ke WaterWorld@ i-City ditawarkan kepada pembaca setia akhbar ini.

Pembaca hanya perlu membawa 20 keratan kepala akhbar Harian Metro dan Metro Ahad, mereka akan diberi dua tiket ke Gempak Santai HM WaterWorld@ i-City untuk ditebus di kaunter penebusan di karnival berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Kanan Bahagian Pengurusan Penjenamaan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Sharifah Sharina Syed Mustafa Shahabudin berkata, orang ramai boleh membawa 20 keratan kepala akhbar Harian Metro dan Metro Ahad di Karnival HM Padat bagi menebus dua tiket percuma ke WaterWorld@ i-City.

Menurutnya, hanya 15,000 tiket percuma ditawarkan dan pengunjung mempunyai pilihan memilih tarikh antara 13 atau 14 Disember ini untuk berkunjung ke taman tema berkenaan.

“Jangan lepaskan peluang kerana sambutan diterima begitu menggalakkan dan orang ramai dinasihatkan segera menebus tiket percuma yang hanya boleh ditebus di Karnival HM Padat,” katanya.

Bersempena Gempak Santai HM, i-City turut menawarkan pakej promosi kepada pembaca HM dengan harga RM49 dan i-card percuma bernilai RM10.

Antara pakej ditawarkan adalah Snow Walk dan Space Mission, Red Carpet dan Typhoon, Adventure Studio, Typhoon dan House of Horror serta Water World dan Treat Art.

Disiarkan pada: December 7, 2014 @ 5:07am
d