mutakhir

Tebus hari ini

Orang ramai boleh membuat penebusan tiket bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang dengan syarat membawa 20 keratan kepala akhbar Harian Metro atau Metro Ahad terbitan bermula 24 November 2014 dan mereka diberi dua tiket masuk.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan penebusan di Karnival Padat Harian Metro di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada Sabtu dan Ahad lalu, tempoh penebusan tiket percuma itu dilanjutkan sehingga Jumaat ini.

Selain mendapat tiket percuma, orang ramai turut berpeluang mendapatkan pakej promosi daripada i-City dengan harga RM49 dan i-card percuma bernilai RM10.

Antara pakej ditawarkan adalah Snow Walk dan Space Mission, Red Carpet dan Typhoon, Adventure Studio, Typhoon dan House of Horror serta Water World dan Treat Art.

Sebanyak 15,000 tiket percuma ditawarkan dan pengunjung mempunyai pilihan memilih tarikh 13 atau 14 Disember ini untuk berkunjung ke taman tema berkenaan.

Disiarkan pada: December 10, 2014 @ 7:41am
d