mutakhir

Palestin hantar lebih ramai pelajar ke Malaysia

Cyberjaya: Palestin berhasrat menghantar lebih ramai pelajarnya untuk melanjutkan pengajian di universiti di Malaysia bagi mengikuti pelbagai peluang pendidikan bertaraf dunia khususnya dalam pengajian sains teknologi dan multimedia.

Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar Hamadto Kassem Al-Agha berkata, hubungan akrab yang terjalin sejak dahulu antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara juga menjadi faktor pendorong ke arah mencapai hasrat itu.

“Jika situasi di Palestin bertambah baik, lebih ramai pelajar Palestin akan datang dengan selamat ke Malaysia khususnya ke Multimedia Universiti (MMU) yang selama ini menjadi pilihan pelajar kami untuk melanjutkan pengajian,” katanya ketika ditemui pada Majlis Malam Persatuan Pelajar Antarabangsa (ISS) MMU Dewan Tun Canselor di sini baru-baru ini.

Hadir sama Presiden MMU Profesor Datuk Dr Muhamad Rasat Muhamad.

Menurutnya, MMU adalah antara universiti pilihan pelajar dari Palestin untuk melanjutkan pengajian kerana menawarkan kursus yang diperlukan oleh pasaran kerja selain membentuk modal insan sesebuah negara.

Disiarkan pada: December 11, 2014 @ 8:34am
d