mutakhir

Hotel Holiday Villa derma RM1,100 untuk Gaza

Alor Setar: Atas rasa simpati, Hotel Holiday Villa City Centre, di sini, turut menyalurkan sumbangan wang tunai RM1,100 kepada Tabung Gaza Media Prima bagi membantu meringankan penderitaan ditanggung oleh rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis.

Pengurus Residennya Mokhtar Latiff berkata, sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan daripada kakitangan termasuk pelanggan hotel yang dilakukan selama sebulan bermula Oktober lalu.

Menurutnya, idea mewujudkan tabung berkenaan dimulakan pengurusan hotel berkenaan atas dasar simpati dan nilai kemanusiaan dengan penderitaan dihadapi rakyat Palestin yang berdepan kekejaman Israel.

“Sumbangan kepada tabung ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) hotel ini bagi membantu rakyat negara terbabit kerana kami amat bersimpati dengan nasib mereka sekali gus meringankan penderitaan ditanggung penduduk Gaza,” katanya.

Disiarkan pada: December 11, 2014 @ 8:40am
d