mutakhir

Hentak kepala isteri dengan lesung batu

Gombak: Tindakan seorang wanita mempersoalkan suaminya bermain kayu tiga dan mengambil wang simpanannya berjumlah RM11,000 mengundang padah apabila dia dibelasah dengan lesung batu di kediaman mereka di Desa Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang berusia 38 tahun meminta penjelasan selepas melihat suaminya masuk ke hotel berhampiran kedai mereka sehari sebelum itu.

“Akibatnya berlaku pertengkaran antara mereka sebelum bertukar ganas apabila lelaki itu yang gagal mengawal kemarahan bertindak mengambil lesung batu sebelum menghentak ke kepala isterinya itu.

“Tidak cukup dengan itu dia turut menumbuk muka mangsa dan membelasahnya tanpa henti menyebabkan wanita terbabit mengerang kesakitan,” katanya.

Sumber berkata, selepas puas membelasah mangsa suspek keluar dari kediamannya tanpa mempedulikan isterinya yang cedera.

“Mangsa meminta bantuan jirannya yang membawa dia ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Menurutnya, mangsa juga terkejut apabila memeriksa wang RM11,000 turut lesap menyebabkan dia membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Disiarkan pada: December 12, 2014 @ 7:33am
d