mutakhir

Semuanya 12/12

Oleh Norhayati Nordin

Hulu Klang: Selepas dua tahun menyulam cinta, akhirnya pasangan pelakon Wan Raja dan Yaya Maembong selamat diijabkabul sebagai suami isteri di Masjid Al Ridhuan, di sini, petang semalam.

Hanya sekali lafaz, pelakon Yaya, 38, sah menjadi isteri kepada Wan Raja atau nama sebenarnya, Saiful Redzuan Abu Bakar, 37.

Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah kelihatan tenang sebaik sahaja akad nikah selesai dilafazkan Wan Raja pada jam 5.30 petang.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Daerah Gombak, Ustaz Kamarudin Omar.

Yaya yang kelihatan anggun menggayakan busana rona putih itu menerima RM300 sebagai mas kahwin.

Selain itu, Yaya turut menerima wang hantaran sebanyak RM12,121.40.

Bahkan, pihak mempelai wanita memberikan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pengantin lelaki.

Wan Raja berkata, kini tanggungjawabnya sudah besar sebagai ketua keluarga.

Katanya, sekarang dia perlu berkerja lebih gigih lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: December 13, 2014 @ 5:14am
d