mutakhir

Kempunan diulit GRO

Klang: Hasrat empat pelanggan warga Nepal untuk diulit pelayan pelanggan (GRO) Vietnam selepas menerima gaji bulanan lebur apabila mereka ditahan dalam serbuan di sebuah ‘spa seks’ di tingkat tujuh sebuah hotel, di Jalan Pasar, di sini, awal pagi semalam.

Serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, kira-kira jam 1 pagi itu menahan warga asing berkenaan yang dikatakan ke spa berkenaan bagi mendapatkan khidmat urutan sebelum ke ranjang.

Malah, cubaan tiga GRO yang cuba melarikan diri ke kawasan semak berhampiran hotel berkenaan tidak berjaya sebelum ditangkap.

Serbuan yang ketuai Inspektor Mohd Anuar Ibrahim bersama seorang pegawai dan 12 anggota itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang mencurigai kehadiran ramai wanita yang berpakaian seksi di premis berkenaan.

Sumber polis berkata, hanya ada tiga GRO di dalam premis berkenaan sebelum siasatan lanjut ke atas premis itu menemui beberapa bilik rahsia yang dijadikan tempat mereka bersembunyi bagi mengelak dari dikesan pihak berkuasa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: December 13, 2014 @ 5:22am
d