mutakhir

Program tepat pada masanya

Pembaca setia Harian Metro itu berkata, penebusan tiket untuk masuk ke taman tema itu melalui keratan akhbar ditawarkan Harian Metro sangat berbaloi kerana ia satu bentuk penghargaan kepada pembaca.

“Saya membeli dan membaca Harian Metro setiap hari, jadi tiada masalah untuk saya menebus tiket berkenaan, malah saya boleh menebus sehingga enam keping tiket.

“Program diadakan Harian Metro ini memang tepat pada masanya kerana memperlihatkan usaha pihak akhbar ini menghargai pembaca setia mereka,” katanya ketika ditemui, semalam.

Pengunjung dari Sentul, Yahya Hashim, 35, berkata, dia mengambil kesempatan cuti sekolah untuk membawa anak serta isteri beriadah serta meluangkan masa bersama.

“Saya pembaca setia Harian Metro dan tidak kisah datang jauh dari Sentul untuk ke taman tema ini, sekali gus memberi peluang beriadah bersama keluarga tambahan pula ketika musim cuti persekolahan ini.

“Kami sekeluarga datang bersama-sama merasai keseronokan bersantai selain memberi sokongan kepada HM yang diketahui umum sebagai akhbar berinformasi dan saya sangat berterima kasih kepada akhbar ini kerana menganjurkan program seumpama ini,” katanya yang membawa enam ahli keluarga bersama.

Penuntut dari Management and Science University (MSU), Ain Natasha Zainuddin, 19, berkata, sudah lama dia mengimpikan mahu berseronok di taman tema berkenaan dan kali ini dia berpeluang menunaikan hajatnya itu.

“Siapa sangka Harian Metro menganjurkan program seumpama ini sebagai hadiah kepada pembacanya dan saya mengambil peluang ini merasai keseronokan di taman tema air ini bersama lebih 20 lagi rakan sekuliah dari MSU.

“Terima kasih Harian Metro, saya berharap Gempak Santai ini akan diteruskan pada masa akan datang dan semestinya saya memberikan sokongan kepada aktiviti yang dijalankan kerana program yang dianjurkan tidak pernah menghampakan,” katanya.

Disiarkan pada: December 14, 2014 @ 5:13am
d