mutakhir

Kasih sampai syurga

Oleh Redzuan Muharam

Pasir Gudang: “Saya reda dengan pemergian anak dan berdoa supaya dapat bertemu dengannya di syurga,” kata Siti Nurhidayah Shaari, 20, yang kematian anak tunggalnya, Putera Fathullah Fahmi Abdul Hakim, kelmarin.

Putera Fathullah Fahmi yang berusia setahun enam bulan menderita masalah hati kronik meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan di sini, jam 10.50 malam.

Bayi berkenaan dibawa ke Surau Perjiranan 8, Taman Air Biru, Pasir Gudang untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, jam 10 pagi semalam.

Menurut Siti Nurhidayah, sebelum meninggal dunia, Putera Fathullah Fahmi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI berikutan tahap kesihatannya yang semakin merosot.

“Keadaan Putera Fathullah Fahmi semakin lemah sejak pagi kelmarin sebelum kami menghantarnya ke HSI. Selepas dimasukkan ke ICU, dia koma dan ketika itu saya sudah tidak mampu melakukan apa-apa kecuali berbisik ke telinganya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: December 14, 2014 @ 5:14am
d