mutakhir

'Serah pada Jawatankuasa Disiplin PKR'

Shah Alam: “Saya serahkan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk tindakan selanjutnya,” ujar Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berhubung kritikan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin yang terus mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa petugas Jawatankuasa Pemilihan parti (JPP) PKR menjadi ejen kepada Mohamed Azmin ketika pemilihan parti, baru-baru ini.

Dia yang juga bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Negeri Sembilan, mengkritik cara pelantikan Azmin dengan mendakwa lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan rakyat yang menandatangani akuan bersumpah menyokong pencalonan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini sudah menarik balik sokongan.

Disiarkan pada: December 15, 2014 @ 5:11am
d