mutakhir

Maut terpijak wayar generator

Hulu Selangor: Seorang lelaki warga asing maut selepas terkena renjatan elektrik berhampiran kilang di Bukit Sentosa, di sini, semalam.

Mayat mangsa yang berkeadaan melecur di tangan dan kaki ditemui orang awam terapung di dalam sungai jam 8.20 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Supritendan Zulkepli Bedin berkata, pemeriksaan mendapati mangsa berusia 50-an itu tidak mempunyai tanda suntikan BCG pada lengannya dan disyaki warga asing.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terpijak wayar mesin generator menyedut air di dalam sungai itu untuk kegunaan kilang menyebabkan dia terkena renjatan elektrik dan terus terjatuh ke dalam sungai.

“Mangsa kemungkinan melalui kawasan itu untuk menangkap ikan atau mencari kotak, namun setakat ini tiada unsur jenayah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Disiarkan pada: December 15, 2014 @ 5:14am
d