mutakhir

Simbolik penghargaan kepada pembaca

Menurutnya, program kekeluargaan seperti itu dianggap ‘hadiah menarik’ pihak Harian Metro selain hiburan sesuai untuk seisi keluarganya.

“Sebagai pembaca setia Harian Metro, misi mengumpul 20 keratan akhbar Harian Metro bagi menebus tiket memasuki WaterWorld@i-City tidak menjadi masalah.

“Kehadiran ribuan pengunjung ke sini, membuktikan akhbar Harian Metro terus mendapat sokongan daripada pembaca di seluruh negara. Saya yakin Harian Metro mampu menarik lebih ramai pembaca melalui aktiviti seumpama itu,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Mohd Arif Mohd Taharim, 50, berkata, akhbar Harian Metro serius dalam menarik lebih ramai pembaca membabitkan pelbagai lapisan masyarakat dengan menawarkan berita yang sesuai untuk generasi muda dan berusia.

“Hubungan Harian Metro dan pembaca bukan melalui berita terkini yang disiarkan saja tetapi usaha akhbar itu mendekati pembaca melalui program GSHM.

“Penganjuran program seumpama itu adalah strategi Harian Metro untuk memperkukuhkan lagi jenama mereka di negara ini selain memperkenalkan produk mereka kepada pembaca terutamanya generasi muda,” katanya.

Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lui Barat, Jempol, Negeri Sembilan, Wan Nor Adli Wan Kamaruzaman, 15, pula berkata, dia sanggup datang dari jauh semata-mata mahu bersantai bersama keluarga selain sebagai tanda sokongan kepada Harian Metro.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Harian Metro kerana memberikan peluang seperti ini kepada pembaca melalui pemberian tiket percuma memasuki taman tema ini,” katanya.

Disiarkan pada: December 15, 2014 @ 5:16am
d