mutakhir

Pastikan khidmat kaunter terpuji

Kuala Lumpur: Setiap jabatan kerajaan perlu memastikan kaunter perkhidmatan mereka melaksanakan tugas pada tahap tertinggi, sekali gus mampu mengikis tanggapan negatif segelintir orang awam yang mempertikaikan kualiti perkhidmatan agensi kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, tanggapan negatif boleh diubah jika semua penjawat awam di kaunter perkhidmatan dapat melaksanakan tugas mereka serta sensitif dengan keadaan sekeliling.

“Persepsi ini boleh diubah jika semua penjawat awam dapat memainkan peranan dengan berkesan dan sentiasa proaktif setiap kali berdepan masalah terutama membabitkan urusan dengan orang awam.

“Kami akui, urusan lambat kerana beberapa masalah termasuk kekurangan kakitangan, namun ia itu tidak boleh dijadikan alasan.

“Setiap daripada kita perlu bijak menanganinya jika berdepan situasi seumpama itu,” katanya ketika memberi ucapan perasmian Program Gegar #myGST4U, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Datuk Seri Khazali Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Disiarkan pada: December 17, 2014 @ 8:28am
d