mutakhir

Tak sangka polis temui semula

Sepang: “Saya tidak menyangka semua lukisan yang hilang ditemui semula. Terima kasih tidak terhingga kepada polis Malaysia kerana melaksanakan kerja dengan baik dan cekap sehingga tertangkap semua suspek,” kata pelukis warga China, Chen Shijie, 54.

Dia yang dikenali sebagai David Shen pernah diiktiraf ‘Guinness World Records’ kehilangan enam lukisan bertemakan puncak Gunung Everest bernilai RM1.5 juta jam 8.30 pagi, 20 November lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Chen Shijie berkata, dia tiba di Malaysia bersama isteri untuk menyertai pameran lukisan di Kuala Selangor pada awalnya melaporkan kehilangan lukisan berkenaan di kaunter bagasi di KLIA.

“Saya menyangka lukisan itu tersalah masuk pesawat dan selepas memeriksanya dengan syarikat penerbangan, mereka memaklumkan ia dimasukkan dalam pesawat sama.

“Saya terkejut, sedih dan kecewa kerana sukar untuk menghasilkan lukisan berkenaan kerana perlu mendaki Gunung Everest dan melukis pada ketinggian 2,100 meter dari aras laut sejak 1999 hingga 2011,” katanya.

Disiarkan pada: December 17, 2014 @ 10:36am
d