mutakhir

Daftar GST meningkat 100%

Kuantan: Sebanyak 220,036 syarikat di seluruh negara berdaftar dalam kempen cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga hari ini.

Ketua Pengarah KDM Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, pihaknya menyasarkan 20,000 syarikat lagi berbuat demikian sehingga akhir bulan ini.

Menurutnya, pendaftaran syarikat dalam GST menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila ada beberapa negeri mencatatkan pendaftaran lebih 100 peratus.

“Kita membincangkan mengenai pelan tindakan KDM bagi tahun 2015 hingga 2019 termasuk mengenai pelaksanaan GST bermula 1 April tahun depan dalam mesyuarat hari ini (semalam),” katanya dalam sidang media sempena Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam SeMalaysia kali ke-75 di Hotel MS Garden, di sini, semalam.

Beliau berkata, masyarakat kini mula memahami mengenai pelaksanaan GST dan pelbagai langkah dilaksanakan KDM dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai.

Katanya, ia diharapkan dapat membuahkan kefahaman positif mengenai cukai kepenggunaan yang baru itu.

Disiarkan pada: December 18, 2014 @ 8:33am
d