mutakhir

Bakal terima empat 'Grizzly'

Subang: Tentera Udara Diraja Malaysia (TDUM) dijangka menerima Pesawat Airbus A400M buatan Perancis yang dijangka tiba dalam suku pertama tahun hadapan.

Pembelian empat pesawat Airbus A400M itu dilakukan selepas kerajaan meluluskan pembelian aset strategik itu bagi membantu meningkatkan keupayaan pesawat pengangkut TUDM sedia ada seperti Hercules C130.

Perkara itu disahkan Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Roslan Saad ketika ditanya mengenai status pembelian pesawat berkenaan.

Menurutnya, pesawat pengangkut Airbus Military A400M atau nama gelarannya ‘Grizzly’ bakal diterima TUDM awal tahun hadapan yang mampu mempertingkatkan keupayaan negara dalam bidang ketenteraan.

“Ketika kini persiapan untuk menerima pesawat berkenaan berjalan dengan lancar termasuk mempersiapkan pasukan kejuruteraan yang sedang menjalani latihan.

“Selain itu pembinaan hangar juga berjalan lancar dan tiada timbul sebarang masalah selain kru juga sudah pulang ke tanah air selepas menjalani latihan di Perancis,” katanya.

Disiarkan pada: December 18, 2014 @ 8:37am
d