mutakhir

Buka lebih banyak pusat pemindahan

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila merekodkan seramai 1,770 mangsa membabitkan enam jajahan, semalam, berbanding 19 mangsa, kelmarin.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan Azhar Mohamad Yusof berkata, sehingga jam 7 malam, sebanyak 26 pusat pemindahan banjir dibuka di seluruh negeri ini.

Katanya, pihaknya menjangkakan lebih banyak pusat pemindahan banjir akan dibuka berikutan hujan lebat di beberapa kawasan.

“Sehingga kini jajahan Jeli merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu sebanyak 927 mangsa membabitkan 259 keluarga yang masing-masing ditempatkan di tujuh pusat pemindahan banjir.

“Jajahan Tanah Merah mencatatkan jumlah kedua mangsa tertinggi iaitu sebanyak 688 mangsa diikuti Pasir Mas (84), Pasir Puteh (31), Kuala Krai (29) dan Machang (11),” katanya.

Disiarkan pada: December 18, 2014 @ 9:03am
d