mutakhir

Jelitawan dunia di Teluk Intan

Oleh Abu Bakar Al Sidek

Teluk lntan: Buat pertama kalinya, ikon bandar ini, Menara Condong yang berusia 129 tahun, menerima kunjungan sekumpulan peserta ratu cantik dari 63 negara seluruh dunia, kelmarin.

Mereka berada selama satu jam bagi menyaksikan keunikan Menara Condong yang terletak di tengah bandar ini.

Ada di antara mereka yang berpeluang naik hingga ke puncak menara setinggi 28 meter yang mempunyai 110 anak tangga menyaksikan keindahan pemandangan sekitar Bandar Teluk lntan yang terletak di pinggir Sungai Perak.

Peserta terbabit tiba di Malaysia pada 4 Disember lalu dan akan menyertai Pertandingan Ratu Cantik Sedunia di Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.

Kedatangan mereka adalah atas undangan Ahli Parlimen Teluk lntan, Datuk Mah Siew Keong, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia.

Mah berkata, pihaknya menjemput barisan jelitawan dari seluruh dunia itu sebagai usaha mempromosi mengenai Teluk lntan yang turut memiliki menara jam yang unik sama seperti Menara Pisa di ltali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: December 20, 2014 @ 5:14am
d