mutakhir

'Relaksla, jom layan kepala'

Oleh Nur Saliawati Salberi

Shah Alam: “Relaks la bro, jom la lepak dulu minum-minum. Layan kepala,” kata seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) pusat hiburan kepada anggota penguatkuasa Imigresen Selangor.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, wanita berusia 20-an itu cuba menggoda anggota terbabit yang melakukan pemeriksaan Ops Sayang di sekitar Klang.

Wanita mabuk itu sengaja melambatkan proses pemeriksaan yang dijalankan pihak berkuasa di pusat hiburan diserbu itu.

Hasil serbuan itu, 37 GRO warga asing termasuk 10 lelaki berusia antara 20 hingga 30-an ditahan selepas didapati melanggar pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

Malah, dia turut mempersoalkan tindakan penguat kuasa Imigresen masuk ke premis itu dan melakukan pemeriksaan mengejut.

Wanita itu yang gagal menunjukkan MyKad dengan alasan tertinggal di rumah dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen Selangor untuk disiasat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: December 20, 2014 @ 5:16am
d