mutakhir

'Pusat resdung' mandi buih

Oleh Mohd Rizal Abdullah

Kuala Lumpur: Bukan sekadar pusat urutan biasa apabila sebuah premis maksiat dikesan menawarkan khidmat ‘mandi buih’ bersama pelacur warga Vietnam.

Pakej mandi istimewa itu ditawarkan sebuah pusat urutan tradisional terletak di Jalan Langkawi, Setapak di sini, dengan berselindung di sebalik rawatan resdung dan refleksologi kaki.

Kegiatan premis itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan anggota Jabatan Imigresen Putrajaya melakukan serbuan jam 1 pagi semalam.

Hasil serbuan itu, pihak berkuasa berjaya menahan enam wanita warga Vietnam dan China yang sedang leka melayan pelanggan lelaki tempatan.

Pemeriksaan mendapati terdapat 10 bilik urutan dilengkapi bilik mandi khas bagi tujuan pelanggan melakukan maksiat bersama tukang urut disediakan.

Pengarah Penguat kuasa Imigresen Putrajaya Zahari Abdul Aziz berkata, tiga wanita warga asing ditahan itu berusia antara 20 dan 30 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: December 20, 2014 @ 5:18am
d