mutakhir

Pusaka Rosli Dhoby

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail

Sibu : Walaupun sudah berusia lebih 62 tahun, siapa sangka baju dan warkah terakhir milik pejuang kemerdekaan Sarawak, Rosli Dhoby masih dalam keadaan baik dan disimpan rapi oleh warisnya yang menetap di bandar ini.

Kemeja dan baju perisai yang dipakai ketika membunuh Gabenor British Sarawak kedua Sir Duncan Stewart dan warkah terakhir tulisan Rosli kepada ibunya itu tidak pernah dipamerkan di muzium dan orang awam sebaliknya disimpan anak saudaranya Bolhasan Ainnie Dhoby.

Menurut Bolhasan, 51, baju perisai yang dipakai arwah ketika melakukan pembunuhan itu tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa kerana bukan semua boleh memegangnya kerana ia dipenuhi dengan ayat suci Al-Quran.

Malah, katanya, dia sendiri jarang menunjukkan kepada sesiapa baju perisai berkenaan walaupun terhadap kenalan rapat kerana bimbang ia disalah guna oleh pihak tertentu.

“Saya difahamkan arwah mendapat baju ini daripada seseorang tetapi tiada siapa antara kami yang mengetahuinya. Apa yang kami tahu, ia adalah antara pakaian yang wajib dipakai ketika dia keluar dari rumah.

“Pakaian itu dipulangkan kakitangan penjara pada 1950-an sebaik Rosli menjalani hukuman gantung sampai mati.

“Sehingga kini saya masih menyimpan baju arwah dan surat yang dihantar kepada arwah nenek dengan baik kerana ia bahan sejarah yang tiada gantinya.

“Pakaian itu sudah nampak kekuningan dan menyedarinya hayatnya yang berpuluh tahun, saya menjaganya dengan baik kerana khuatir ia akan rosak. Ini saja kenangan arwah dan warisan berharga untuk rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: December 20, 2014 @ 5:19am
d