mutakhir

1,449 dibenar pulang

Kuantan: Cuaca cerah dan panas terik sepanjang hari membolehkan 1,449 mangsa banjir daripada 408 keluarga di daerah ini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berkata, tujuh pusat pemindahan yang ditutup adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan, Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abd Samad, Dewan Orang Ramai Seri Damai, SMK Gudang Rasau, Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Pusat Bina Insan Jaya Gading dan Balai Raya Kampung Sungai Soi kira-kira jam 4 petang, semalam.

“Bagaimanapun, semua mangsa banjir terbabit diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga supaya kembali ke pusat pemindahan jika berlaku banjir lagi di kampung masing-masing,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Jurucakap itu berkata, bagi kawasan Lorong Haji Husin Pandan 2, Lorong 26, 27 dan 28 Taman Tas Jaya, arahan dibenarkan pulang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail selepas memastikan kawasan perumahan mereka selamat.

Disiarkan pada: December 21, 2014 @ 5:11am
d