mutakhir

Nelayan mula ke laut

Dungun: Selepas seminggu angin kencang dan ombak besar melanda, kebanyakan nelayan kecil di Kuala Dungun, di sini, mula keluar ke laut bagi mencari rezeki.

Nelayan, Amran Musa, 46, berkata, keadaan angin kencang dan ombak mula reda dan keadaan itu digunakan sebaik mungkin untuk keluar ke laut.

Katanya, kebanyakan nelayan sepertinya tidak dapat ke laut sejak seminggu lalu berikutan keadaan ombak bergelora dengan angin kencang.

“Keadaan itu menutup pintu rezeki kami dan hari ini (semalam), saya mengambil keputusan untuk keluar ke laut.

“Sudah lama kami tidak ke laut dan kami tidak boleh tunggu lama. Ini adalah sumber pendapatan utama dan kami perlu mencari rezeki. Lagipun sudah seminggu masyarakat kempunan ikan segar,” katanya.

Seperti Amran, rakannya, Aladin Yahaya, 60, berkata, cuaca baik semalam memberi peluang untuk nelayan kecil sepertinya keluar mencari rezeki.

Disiarkan pada: December 21, 2014 @ 5:12am
d