mutakhir

'Sahkan dulu sebelum sebar'

Rantau Panjang: “Sahkan dulu maklumat itu sebelum disebarkan sebab maklumat yang salah itu cepat sangat pengaruhi orang lain,” kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Beliau memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berhubung banjir yang melanda Kelantan ketika ini terutama mengenai dakwaan penduduk lemas.

Katanya, tindakan itu bukan hanya menyebabkan masyarakat panik, bahkan turut memberi implikasi buruk kepada kerja menyelamat mangsa.

“Sedangkan pihak berkuasa kami bertungkus-lumus membantu memindahkan mangsa banjir, ada pula golongan lebih senang menyebar maklumat yang tidak jelas kesahihannya.

“Saya mohon supaya periksa kesahihan maklumat itu dulu dengan polis dan pihak berkuasa lain,” katanya ketika ditemui ketika mengiringi Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, di sini, semalam.

Disiarkan pada: December 21, 2014 @ 5:12am
d