mutakhir

'Mujur saya sempat paut pada tiang'

Balik Pulau: “Mujur saya sempat berpaut pada tiang telefon ketika itu, jika tidak saya mungkin sudah dihanyutkan ombak,” kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menceritakan kembali detik ketika tsunami melanda di Kampung Sungai Burung, di sini, 10 tahun lalu.

Menurut Hilmi, ketika kejadian, dia berada di rumahnya di kampung berkenaan dan sejurus bangun daripada tidur, kepalanya rasa pening.

Menurutnya, kira-kira jam 12.30 tengahari beliau mendapat panggilan telefon dari orang kampung memaklumkan kejadian ombak besar berlaku di kawasan pantai di kampung itu.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat keadaan yang berlak dengan menunggang motosikal kerana kereta tidak dapat memasuki kawasan kejadian yang dipenuhi lumpur,” katanya yang ditemui ketika program tsunami 2004 dalam kenangan, di sini, semalam.

Disiarkan pada: December 22, 2014 @ 8:29am
d