mutakhir

Harga 2,900 ubat tidak naik ekoran GST

Tumpat: Sebanyak 2,900 jenis ubat-ubatan tidak akan dinaikkan harga berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April depan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata, Kementerian Kesihatan akan sentiasa memantau harga ubat-ubatan supaya tidak naik hingga membebankan pesakit.

Katanya, menjadi hasrat kerajaan memberi pelepasan GST kepada ubat-ubatan yang biasa digunakan pesakit.

“Mungkin ada ubat naik harga tetapi bukan semua, bagi ubat mahal, Kementerian Kesihatan sedang berunding dengan pihak farmasi untuk menetapkan harga syiling.

“Bagi pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, mereka tidak perlu bimbang kerana kos ubatan dibiayai oleh kerajaan,” katanya.

Disiarkan pada: December 23, 2014 @ 8:07am
d