mutakhir

Rezeki lumayan musim bah

Pasir Mas: Banjir bukan halangan kepada beberapa peniaga untuk menjana pendapatan termasuk menjual makanan ringan.

Perkara itu diakui dua beradik Mohd Zainudin Fauzi, 27, dan abangnya Mohd Azam, 30, dari Kampung Kedai Tanjung di sini, apabila menggunakan kesempatan itu untuk menjual keropok dan jagung bakar.

Bagi mereka fenomena banjir perkara biasa dan sesetengah orang menjadikan musim itu pesta bermain air.

“Jadi ia peluang kepada kami buat duit apabila orang berpusu-pusu mahu menikmati jagung bakar dan keropok selain bebola ikan.

“Sekurang-kurangnya lebih RM500 sehari kami peroleh sepanjang banjir dan jagung bakar paling mendapat permintaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak akan lepaskan peluang berniaga di mana saja kawasan dinaiki air selagi termampu.

Disiarkan pada: December 23, 2014 @ 8:14am
d