mutakhir

Dakwaan kadar tol naik tidak berasas

Kuala Lumpur: Tiada sebarang keputusan dibuat mengenai kenaikan kadar tol walaupun mengikut perjanjian konsesi 2015 sebanyak 20 lebuh raya berkelayakan mendapat kenaikan.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sehubungan itu, beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kadar tol seperti yang didakwa Malaysiakini.

“Saya tidak tahu berkenaan kadar tol baru, kena tanya Malaysiakini dari mana mereka memperoleh sumber berita berkenaan,” katanya menerusi SMS kepada Harian Metro.

Malaysiakini melaporkan sebanyak 14 lebuh raya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor akan mengalami kenaikan kadar tol termasuk Lebuhraya Besraya , Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan beberapa lebuh raya lagi.

Berdasarkan portal berkenaan, kadar naik antara 30 sen sehingga RM1 dan didakwa berkuat kuasa tahun depan.

Disiarkan pada: December 23, 2014 @ 8:59am
d